Monday, 24 December 2012

Kenangan 22 Mei 2000

22 mei 2000

Selepas hampir 3 tahun mengejar dan terus mengejar tanpa jemu tapi banyak selingan akhirnya gadis yg selama ini di idamkan, yg selama ini menjadi bff aku, bertukar status menjadi kekasih. Masih ingat lagi, perlawaan menjadi cinta hatiku berkali kali di tolak. Dan pada petang 22 mei 2000 setelah kami balik dari berjalan jalan bersama org ke3 iaitu rahayu bahar, berjalan jalan sekitar tanjung harapan, port klang, dan setelah menghantar ayu balik ke rumah nya di pandamaran, kami meneruskan perjalan ke taman klang jaya. Berbual2 kosong sambil menyelit beberapa ayat killer seperti " aku nak kat kau, kau taknak," dan nyayian lagu dari kumpulan scorpian " what you give, you get back, take my heart just because its all I have"   Aku pun meneruskan perjalanan, setiba nya  di hadapan rumah bernombor 9 jalan seruling 41, klang jaya, aku diberikan jawapan "YA!"  Yang sebenarnya aku tak berapa paham. Rupa2 nya "YA!"  Adalah jawapan yg paling aku nantikan selama ini. NUR AIDA Bt KU MD AKHIR, telah menerima lamaran hatiku untuk menjadi kekasih. Tarikh yg akan ku ingat selama nya insyaallah.....

No comments:

Post a Comment